"Save Palestine"

Isnin, 27 Disember 2010

"Update5...!!!"

Assalamu'alaikum sume..

Lame nye aku x'menghupdet" blog ni...hurmm...pesal?? terlebih rajin..camni la jadi nye...huhhuuu...
I want make something...insyaAllah...nti kn nye...

Kali ni aku ade teman baru..."Mr Choko" the pingu guy..muahhhaaaa...Mr Choko, ko dok situ diam2 tau...

Orait..c u next time...aku nk p cari makan..lapo ni...tataaa....

Selasa, 31 Ogos 2010

MANDI WAJIB

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh. (dr FB http://www.facebook.com/note.php?note_id=415432056646&id=1797249860)

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Jumaat, 30 Julai 2010

"Perdalami Ilmu Pengetahuan"



Ilmu Allah itu ibarat air di lautan.

Jika habis satu lautan dijadikan dakwat untuk menulis ilmu Allah, dan ditambah satu lautan lagi, namun ilmu Allah itu tetap tidak habis ditulis.

Lahirkan Seorang Pakar

Orang yang ahli dan pakar dalam bidang-bidang tertentu,
tidak hanya belajar di bangku sekolah saja,
tetapi mereka juga menyelami kehidupan 
di alam pembelajaran yg seterusnya
mempraktikkannya dengan bekerja di 
lapangan yang dapat memproduksi barangan.

Apabila anda mahu menjadi 
seorang yang pakar dalam bidang ilmu,
kerja dan profesion tertentu,
maka ceburkanlah diri anda ke dalamnya.

CINTAIlah bidang itu sepenuh HATIMU
kerana manusia dalam masalah cinta 
sangat beraneka ragam.

Dapatkanlah pengetahuan
dengan mengusai kemahiran,
percubaan dan pengulangan kerja
yang anda lakukan dalam kehidupan.

Selasa, 22 Jun 2010

"SEMINAR KE ARAH PEMAHAMAN DAN PENGAMALAN AL-QURAN"


Assalamu'alaikum...

Terbuka kepada semua, anda dipelawa untuk menghadiri "
SEMINAR KE ARAH PEMAHAMAN & PENGAMALAN AL-QURAN". 

Anjuran bersama MASJID AL-AZIM MELAKA dan UMMAH NETWORK SERVICES.

TARIKH: 03 JULAI 2010 (HARI SABTU)
MASA: 7.30 PG - 1.00 petang
TEMPAT: AUDITORIUM MASJID AL-AZIM MELAKA.
YURAN PENDAFTARAN: RM20.00 SEORANG.
* (Urusan PENDAFTARAN & PEMBAYARAN boleh dibuat SEBELUM 30 JUN 2010- RABU).



Untuk MAKLUMAT PENDAFTARAN & PEMBAYARAN, sila hubungi UMMAH NETWORK SERVICES (012-2684214).



-ATURCARA MAJLIS-

7.30-8.10 pagi        - Pendaftaran Peserta

8.10- 8.20 pagi       - Majlis bermula dan Bacaan doa

8.20- 8.30 pagi       - Majlis Perasmian 
                          Oleh :YB Datuk Hj Mohammad Bin Hashim Al-Hafiz
                                  (Imam Besar Masjid Al-Azim Melaka)

8.30- 10.30 pagi     -Syarahan MODUL 1 
                                  Tajuk: PEMAHAMAN DAN PENGAMALAN AL-QURAN
                                  Penceramah: Ustaz Nidzamuddin Zakaria
                                  (Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai.)

10.30-11.00 pagi    -    REHAT
                                   Jamuan Minum Pagi


11.00-1.00 ptg        - Syarahan MODUL 2
                                 Tajuk : 'ULUM AL-QURAN
                                  Penceramah : Ustaz Ahmad Tarmizi
                                  (Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Nilai.)

1.00 ptg                   - Majlis Bersurai

-TERIMA KASIH DR PIHAK PENGURUSAN-

Sabtu, 5 Jun 2010

" An-Nuriah "

Askm...

Hari ni lepas balik keje, terus g kedai..pastu ikut ummi g Madrasah An-Nuriah...Ade majlis sempena 70 tahun penubuhan Madrasah ni..Lame tu...dari tahun 1940 hingga 2010... Masya-Allah... 

Jumpe jugak adik sepupu aku yang bersekolah kat sini...sempat je dia bawa aku round asrama dia..ala-ala inggeris la konon..huhu...maklum la ade pertandingan dorm tercantik...Alhmdulillah..menang jugak diorang...hehe...x sia2 usaha korang..

Malamnye, masing2 tertunggu kedatangan Ustaz Zahazan... Tapi Ustaz x dapat datang..xpe2..ade rezeki dapat la jumpe ustaz kn...Insya-Allah...


Isnin, 31 Mei 2010

" UPDATE..."

Salamun'alaik...

Ape kabo semua..?!
Lamenye..aku x "menghamdet" blog aku nih..banyak naa sawang nye...macam la bz beno le aku nih...ngeh5...
Alhamdulillah..kali ni Allah gerakkan jari aku untuk buat post baru...


Alkisahnye...harini kami cadang nak buat renion MEKAR 03'... memang menjadi perancangannye...Alhamdulillah....yang datang nye..cume 4 orang..!!! Ok la tu kan3... Best la jugak walaupon 4 erat je... Kenangan berharge dalam hidup aku tu...
Emm...Setahu aku la kan, rase dulu ade la budak tingkatan 3 ni dalam 3 kelas...1 kelas dalam 30 orang lebih...emm...tak kisah la...husnuzzhon...tengah cuti sem ni, paham2 je la..yang keje nye keje...
Its ok..yang paling penting ukhwah tetap kukuh macam dulu... 

Thanx Rabi, tompang kn kitorang ngan kete baru ko..hehe..Tak sia2 usaha ko...

Aku harap lepas ni dapat buat renion lagi...rindu nak jumpe kawan2 nih...harap2 korang datang la ye...tak pon senang wat renion time korang wat kenduri kawen..haaaa....kumpul sume skali...sonang kojo...huhu...


* Niat hati nak gak tampal gamba2 renion 4 kerat...gambo golap.. muko pon x nampak...x po lah..X dapek la den nak tampal kat blog ni haa...Soba yo lahh..

Rabu, 24 Mac 2010

"Journey With Allah's Love""


Journey with Allah's love...

Look at this world...
Allahu Akbar...
Look at His creation...
Subhanallah...
Thanks to Him...
Alhamdulillah...


 
This Old Tree...
Keep 1001 secrets...
That we don't know...
But Allah's know...


Paddy...
Nice to see...
Rice ...
Nice to eat...
Thanks to Allah for all His creations...

سبحان الله
و الحمدالله
و الله اكبر

LoVe ALLAH
I'm Proud to be a Muslim...